Thursday, April 13, 2023

🍨 ANEKA RESEPI PENCUCI MULUT 🍨

                                     

Ais longan selasih

Bahan-bahan yang diperlukan:

Agar-agar yang telah dimasak
Buah longan atau rambutan
Air gula / sirap
Selasih
Ais

Cara-cara:

Masak agar-agar dan potong ia dalam bentuk kecil
Campurkan ia dengan buah longan/rambutan dalam bekas
Masukkan air gula/sirap
Masukkan selasih
Campur ais batu

Cdt lina.tjoandra


Malam ni kite try buat dessert Cha Bang Ang...
Bahan2 kat speed mart ade jual.

Bahan2 mudah je:
🍹Cincau manis (beli dalam tube)
🍹Gula karamel - gula perang 1 cawan masak dengan air 1 cawan.
🍹Selasih 3 sudu besar - rendam air panas
🍹Ais

Susu (campur semua goncangkan):
🍹Susu segar full cream - 2 cawan
🍹Susu cair - 1 cawan
🍹Susu pekat manis - 3 sudu besar
🍹vanilla essen 1 sudu teh.
🍹Garam secubit.

Campurkn semua, mix well together. Siap.

Kredit Resepi : achik siti


Cendol mangga harum manis

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cendol gula merah
Ais
Mangga Harum Manis (kalau tak ada jenis tu, mangga biasa pun okay asalkan sedap)

Cara-cara:

Beli cendol gula merah di bazar
Potong dadu Mangga Harum Manis
Campurkan mangga ke dalam cendol bersama ais. Siap!

Cdt lina.tjoandra


Ais avokado cincau pisang

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 bahagian avokado berukuran besar
Cincau (dipotong)
Pisang jenis berangan/cavendish (dipotong)
6 sudu santan
300 ml air
Gula secukup rasa
Ais

Cara-cara:

Masukkan santan, air, gula dan kacau rata.
Masukkan potongan avokado, cincau dan pisang
Tambah ais batu

Cdt lina.tjoandra


[ Thai Milk Dessert Viral ]

Aroi mak mak... uuuuuih!
Sekarang tengah viral Thai milk yang artis2 duk makan tu.
So kekda try la buat, sbb hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat.
Tapi buat sndiri lagi berbaloi. cara ni kekda buat simple2 jek,so jgn kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara 🤣 konon good2 jek kan...
Mmg lagi padu dan terasa lemak2 manis dia...

Resepi Thai Milk Viral versi kekda 🥰

- 1 Tin susu cair carnation ( bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak2)

- 2 sudu Susu pekat ( ni pakai je brand apa.. )

- 1 paket Kristal Jelly Brand Nona ( Perisa Raspbesi) Bekukan & potong dadu/panjang ikut suka

- 1 sudu biji selasih.. rendam hingga kembang dan toskan


Puding koktel sumi

Resepi puding koktel paling senang⤵️⤵️

- 1 tin susu cair
- 1 tin mix fruit
- 1 plastik mix jelly (sumi)
- 2 sudu besar susu pekat(optional)
- Air batu (ais)

Cara-caranya

- Pastikan guna mangkuk jenis dalam, yang boleh muat kesemua bahan dia atas.
- Tuang 1 tin susu cair ke dalam mangkuk.
- Tambahkan 2 sudu besar susu pekat, (kacau sebati)
- Buka setiap bungkusan jelly/sumi letak dalam mangkuk (nak potong jelly pon boleh) mama tak potong, lagi sedap nak telan😂
- Buka tin buah campuran koktel (campurkan sekali air mix fruit ke dalam)

Last sekali rasa, bila dah cukup manis boleh terus simpan dalam peti ais ataupun teruskan je masukkan air batu..siap!

Mau tambah buah fresh, mangga, tembikai, strawberry atau buah naga pon boleh, benda boleh buat senang, buat ape nak buat yang susah😘

Selamat mencuba ye..

Jangan lupa SHARE tau..
#mamaohsem

Cdt nora azni


Ais buah

Bahan-bahan yang diperlukan:

Buah-buahan citrus seperti strawberry, lemon, nenas dan lain-lain ikut selera korang
Air gula
Sirap
Ais

Cara-cara:

Potong buah-buahan yang telah dipilih
Masukkan air gula secukupnya
Tambah air sirap favourite
Masukkan ais batu. Siap!

Cdt lina.tjoandra

Selalunya buat sagu gula melaka ni dapat tekstur yang macam bergumpal tak cantik..aritu ada terbaca lepas rebus sagu basuh sikit dengan melalukan kat air paip untuk buang lebihan kanji tu..cuba buat arini..memang cantik kejadiaannya sebutir2..puas hati😘

Untuk panduan yang nak cuba membuatnya...takda resepi spesifik ni just agak2 ya..

Resepi Sagu Gula Melaka
--------------------------------------------
Sagu RM1 direndam sekejap...dah agak kembang air dah serap tu cuci sikit sampai jernih air..agak2 ya kang hancur abes plak sagunya hihi.

Kemudian masukkan sagu dalam periuk masukkan air lebihkan sedikit agak2 seinci dari paras sagu tu...kemudian masak atas api macam biasa..sentiasa kacau supaya sagu masak serata...bila sagu dah jadi jernih takdak biji2 putih maknanya dah masak.

Kaup sagu masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yg mengalir untuk buang lebihan2 kanji yang mengembang semasa masak tu..
Dah selesai biarkan sekejap supaya air keluar sepenuhnya..kemudian bolehla dimasukkan pewarna sekiranya suka ya.

Untuk hidangan.
1. Masakkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan.
2.Susu cair.

Untuk menghidang masukkan gula..kemudian sagu berselang seli..kemudian akhir sekali masukkan susu untuk dapat efek macam 3 layer tu...

Selamat Mencuba..semoga bermanfaat😗

Kredit Resepi: Zaini Talib mahn


Resepi Hari Ini : Rubies Delight

Admin dah cuba resipi ni... sedap, sejuk & menyegarkan tekak..sebab tu nak share resipi ni..jom cuba, mudah aje..

Bahan-Bahan ( 4 Orang )
- 1 biji sengkuang cina@ water chestnut ( kurang lebih 300 g )
- 1 cawan tepung ubi
- 1/2 camca teh perwarna + 1 cawan air
- 200 g gula pasir
- 500 ml air
- 2 helai daun pandan ( dimasak dengan gula sehingga gula hancur ) sejukkan.
- 250 ml santan pekat + secubit garam
- ais kiub

Cara- Cara Membuat :
* Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.
* toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yang berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dengan tepung ubi. tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan
* Didihkan air dalam periuk, Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yang berisi dengan air ais. Biarkan terendam 5-10 minit.
* Cedok keluar ' ruby ' yang terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil. tuang air gula dan santan. Masukkan juga ais kiub. Hidangkan sebagai pencuci mulut boleh juga ditambah dengan nangka, mesti lagi sedap di makan..

selamat mencuba..

Cdt ambar kenanga official


Sekali lg na cek bg resepi dadih ..

Dadih serbuk..
============
>ikutlah perisa apa yg anda pilih

Bhn2 dan cara2nya
-------------------------------
Masak 3 - 3.5 liter air brsama gula secukupnya
Masak hingga didih dn gula pun cair.Lps tu tuang 1 tin susu cair.Tunggu didih sekali lg dn tutup api.Bolehlah masukkan sebungkus serbuk dadih perisa yg anda pilih.Kacau rata.Biarkn 30min@ sejam.Baru tuang bekas yg anda inginkn.Bhn2 deko tambhn..cth laici.tabur summi,dadih coklet...boleh ltkkn oreo dn sbgainya mengikut citarasa anda.

Dadih Homemade
===============

Bahan2 dn cara2nya
--------------------------------

Masak 3.5 - 4 liter air bersama gula secukupnya.Tunggu didih dn gula cair masukkan 30- 34gm agar2 .Kacau tunggu hingga agar2 cair.Masukkan perisa sirap ke jagung ke,milo ke yg anda suka.Kacau rata.Tuang 1tin susu cair,1/2 susu pekat ( nk lebih enak),3/4- 1 cawan coffie mate,sedikit susu tepung/5 scop.tggu didih sekali lg..tutup api.Biarkn 30min@ 1jam..bolehlah tuang dlm bekas yg sesuai.

Saya cube utk memenuhi permintaan anda
Harap berpuas hati.klu terkurang minta maaf.

Selamat mncuba.

Kredit resepi ini kepada khir na


Assalamualaikum...hai gaisss...Salam Jumaat...

Harini zis nk share 1 resepi dessert yg mudah, sgt sedap n zis suka buat utk tetamu spnjg hari raya haritu...sebenarnya da bosan asek jmpa dessert koktel je kt open house..jd ape salahnya sesekali kite cuba plak resepi ni..konfem tetamu suka n makan berulang kali...smpaikn yg mkn dessert zis buat ni ckp ni menu viral raya 2019...bile tetamu suka kita pon happy juga kan...tak gituuu...

🍈Resepi Sagu Tembikai Susu 🍈

Bahan - bahan :
- 1/2 cawan sagu
- 1 tin susu cair
- 1 cwn gula pasir
- 1 cwn air
- 1/2 biji honeydew
- ais batu

Cara - cara :

1) Rebus sagu hingga jernih. Tapis & bilas untuk buang lebihan kanji pada sagu. Toskan.
2) Potong dadu isi tembikai susu/ gunakan melon scoop... Ketepikan.
3) Dalam periuk, masukkan gula pasir dan sedikit air. Masak hingga gula larut.
4) Masukkn susu cair, sagu kedlm bekas yg berisi tembikai yg didadu td. Masukkn air gula td, tahap kemanisan mengikut selera anda.
5) Kemudian masukkn ais dan sedia dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Jgn lupa like n share posting sis ni ye...😘

Cdt fathin khair 


Semalam cuaca agak panas..so buat
PUDING KOKTEL BERKUAH KASTAD
yang senang ni untuk sejukkan badan..harini cuaca mendung n hujan...nak masak apa pula ye..

Resepi Puding Koktel Berkuah Kastad:
==============================
Bahan-bahan:
1tin Susu Cair
1tin (besar) Koktail Buah-buahan
dan 1tin airnya (klu tak cukup tambah air)
2sb Tepung Kastad
1/3cwn Gula
Puding Segera

Caranya:
Tapis koktail buah-buahan. Masukkan airnya ke dalam periuk, bersama susu cair, tepung kastad dan gula. Kacau sebentar dan masak di atas dapur dengan api sederhana kecil. Kacau sehingga gula larut dan tepung masak. Pastikan kuah tidak ada rasa tepung. Kacau sehingga kuah nampak sedikit pekat. Kemudian angkat dan masukkan buah koktail dan puding segera. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Ps: Boleh juga masukkan laici dan longan.

SELAMAT MENCUBA...

The sisters cooking project


Koktel buah naga


Saya rasa bersalah kalau tak share resepi ni dengan tuan puan kerana air ni teramat sedap!!

Bahan- bahan:
- Satu tin susu sejat
- Setengah tin susu pekat
- Satu tin buah laici
- Satu biji buah naga
- Dua biji buah mangga
- Cincau
- Ais

Scroll facebook saya Zaky Mat Ali ke bawah untuk banyak lagi resipi mudah dan sedap

Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi dua cawan air. Campur semua bahan.

Cdt zaky mat ali

No comments:

Post a Comment

ANEKA RESEPI NASI GORENG

  Nasi Goreng Kampung Daun Hijau. - Pedaasss Padu Resepi : utk 2 org. 4 sb minyak tumis 1 ulas bawang merah - dihiris 1 biji telur - dipuku...